
Sulit
4 tahun
Growing pain or Transient Sinovitis
Hi , anak saya berumur 3 tahun 3 bulan , sebelum ni selalu mengadu Dan merengek sakit kaki pada waktu malam . Saya anggap kebas kerana sejuk . Tapi awal pagi tadi anak sy mengadu sakit kaki lagi , sy abaikan kerana anggap mungkin dia inginkan perhatian , tapi Makin lama Makin kerap mengadu Dan Makin nampak dia macam resah dan tunjuk kaki dia dalam jam 9 smpai jam 1 lebih . Dalam satu jam lebih anak sy menangis dengan kuat Dan dalam kesakitan , sy Google dan jumpa “Growing Pain” Dan “Transient Sinovitis” . Sy lihat tanda2 yg anak sy baru alami lebih kepada transient sinovitis . Anak sy sangat aktif , tapi tadi
- Baring Dan angkat kaki sebelah sambil menangis, bila sy lihat untuk pastikan dia ad Luka ke takda , kaki Kiri dia tak berani nak letak ke lantai sebab sakit
- Kejap2 kaki dia mcm kejang Dan Tak boleh straight
- Baru lepas selsema 3 4 Hari tapi aktif cuma hingus2 sahaja .
- Tak boleh bangun Dan berjalan
Tapi sekarang anak sy dah Tak menunjuk kan tanda2 tadi , perlukah sy pergi ke hospital harini atau bila tanda2 tu datang lagi ?
Perlukah saya terus klinik swasta sahaja atau terus ke hospital.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi.
Namun, pihak kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan kerana pemeriksaan fizikal perlu dijalankan bagi mendapatkan diagnosis tepat mengenai keadaan anak anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Seeloknya dirujuk kepada hospital kerana mempunyai ramai pakar dan kelengkapan yang dimiliki mencukupi untuk menilai tahap anak anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.