
Sulit
4 tahun
Gynecomastia? Lipoma? or cancer?
Sy lelaki 30 tahun. Selalu tidur lambat average pkl 2-3 pagi and only few times after 5am kerana faktor kerja. Bangun tidur mostly waktu tengah hari. Kerja pula hanya di depan PC saja. Tetapi sy selalu ke gym average 2-3 times a week. Tidak merokok, cuma shisha dan weed both jarang2. Di dahi tumbuh jerawat yang dah hampir 1 year on and off. Morning wood sudah jarang. Tapi zakar masih berfungsi seperti biasa.
Di testikel rasa seperti ada lump - doktor kata its nothing. Di breast rasa ada lump sahaja - tiada simptom breast cancer yg lain. Doktor kata gynekomastia atau lipoma saja kerana masalah hormon instability.
Selain daripada yg dinyatakan di atas, tiada lagi simptom lain. But i need different opinion from other expert. Sebab these things kept playing in my head causing me stressful.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ketumbuhan (lump) di bahagian testikel dan juga payu dara (breast) yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Lipoma
- Kelenjar limfa yang membengkak
Justeru, anda tidak digalakkan mempunyai pasangan seksual pelbagai dan kerap minum air. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.