
Sulit
3 tahun
Haid anak lewat 47 hari
Doc…
Anak berumur 10 tahun sudah 47 hari lewat period …apakah sebabnya?
Ikutkan jadual sepatutnya bulan 11 27 hari sahaja…bulan 10 31 hari…
Ingin penjelasan.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Justeru dalam kes anda, selain kehamilan, haid lewat dapat disebabkan oleh:
berat badan yang tidak seimbang
tekanan pekerjaan atau harian
Masalah ovulasi
Fibroid dan polip
Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
Gangguan pendarahan
Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
Keguguran
Kehamilan ektopik
Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan