
Sulit
4 tahun
Haid berlaku pada 9/11 dan pada bulan ini l1/12 tidak datang period dan lewat 4 hari sehingga hari ini
Hey doctor saya bagi pihak kawan saya ingin menanyekan dia 1 soalan yang melibatkan haid dan bersetubuh dengan pasangannya. Pada 9/11 dia mengatakan dia period dan terpaksa bersetubuh dengan pasangannya kerana terlalu horny. Pada bulan ini dia melihat kitaran haidnya untuk 11/12 sepatutnya berlaku tetapi sekrang lewat selama 4 hari. Adakah ini risiko untuk dia mengalami hamil? Saya bagi pihak dia risau kerana dia mngatakan waktu bersetubuh dia tidak pasti sama ada pasangannya pancut diluar atau didalam malah pada semlam hari yg sepatutnya dia period dia bersetubuh bersama psngannya. Beberapa jam selepas bersetubuh dia mendapati hanya keluar darah sedikit dan tidak dilanjutkan untuk period seperti biasa. Adakah disebbkan pada bulan lalu dia tidak pasti pasangannye pancut diluar atau didalam dan semlm bersetubuh bersama, masih risikokah untuk dia hamil? Dia risau akan keadaan lalu menceritakn kepada saya… Bole doctor terangkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tidak datang haid ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Selain itu, anda boleh melakukan ujian kehamilan air kencing (UPT) untuk mengetahui sekiranya anda hamil atau tidak.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat. Terima kasih.