Sulit
6 tahun
Haid berpanjangan atau Masalah Kesihatan
Hi doc,Sy berumur 25tahun seorang suri rumah tangga…sy mempunyai seorang anak berumur 4tahun 4bulan…sy dan suami sedang usaha untuk mendapatkan anak ke 2… soalan sy Baru2 ni sy di datangi haid berwarna coklat muda skit2 berpanjangan hampir 2minggu…apabila sy membersihkan di dlm sekitar vagina? Ia tidak mengalir keluar… breast sy sensitif dan sakit sehingga ke hari ini… last period normal sy 7 jun19… untuk bulan 7 dan 8 masih sy confused?sy jadi Musykil dan tertanya2 adekah ni pendarahan gangguan hormon, atau atau Pendarahan Penyakit?dan kalau ia pendarahan awal kehamilan adakah ia berpanjangan seperti ini? Buat masa ni sy belum merujuk ke mana2 klinik lg…hrp doc dpt membantu masalah sy ni…terima kasih doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dilalui. Untuk pengetahuan anda, darah berwarna coklat yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Seaindainya puan mencurigai kehamilan, sebaiknya puan langsung melakukan pemeriksaan status kehamilan dengan menggunakan urine pregnancy test (UPT) kit yang mudah diperoleh. Sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































