
Sulit
5 tahun
Haid berpanjangan lebih dari 20 hari
saya wanita berumur 21 tahun,Dr saya nak tanya normal ke kalau period saya lebih dari 15 hari? sebab saya risau takut ada apa apa kompilasi,saya juga seoarang yang berbadan besar, adakah berkemungkinan haid saya berpanjangan kerana berat badan saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran yang normal adalah 21-35 hari dengan tempoh datang haid 2-7 hari. Oleh itu, kitaran haid anda adalah tidak normal.
Sekarang anda mengalami masalah haid berlebihan. Hal ini boleh disebabkan oleh masalah
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan penjelasan di atas adalah tidak mencukupi untuk kami membuat diagnosis. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.