Sulit
5 tahun
Haid Datang 2 kali dalam sebulan
Saya seorang remaja yang berumur 18 tahun . Saya nak tanya doktor bulan 2 saya tidak datang haid tetapi saya datang pada bulan 3 selama 6 hari iaitu pada tarikh 18-23/3. Kemudiannya , pada hujung bulan 3 saya datang lagi sehingga awal bulan April iaitu pada tarikh 31/3 - 6/4. Selepas saya itu saya datang haid lagi pada hari ini iaitu 15/4 . Adakah itu disebabkan oleh faktor hormon dan normol doktor ?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

























