
mamadamia43
5 tahun
Haid lama selepas bersalin
Saya wanita berusia 37 tahun.baru melahirkan anak ke4 lebih kurang 80 hari yang lepas.
Pada 21 dec yang lalu saya dah mula datang haid(anak saya menyusu susu fm),namun sehingga ke hari ini masih belum berhenti.maknanya sudah 14 hari haid saya berlarutan.ada ketika darah keluar banyak dan berketul²,sehingga perlu menukar pad 3@4 Kali sehari.adakala sedikit yang saya sangka sudah hampir habis,tapi esoknya keluar banyak semula.
Untuk pengetahuan semasa dalam pantang saya ada masalah rahim jatuh,dan saya dah kehospital gov.tapi temujanji mereka beri pada bulan 2 nanti.bermakna masalah itu masih belum selesai.adakah itu punca haid saya lama?atau saya Ada masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Oleh kerana anda baru di hari ke 80 pasca bersalin, kemungkinan masalah yang dialami adalah
- perdarahan pascasalin (postpartum haemorrhage)
- infeksi luka perineum atau abdominal
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana masalah dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Sekiranya perdarahan terlalu banyak (melebihi 500ml) atau sehingga memerlukan anda menukar pad setiap kurang 2 jam, maka segeralah mengunjungi unit kecemasan kerana dikhuatiri ini adalah emergensi perdarahan.
Tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.