
Sulit
5 tahun
Haid lewat lebih seminggu perut sakit seperti senggugut
Salam Sejahtera Doktor.
Saya berumur 24 tahun baru berkahwin selama 3 bulan. Haid saya dah lewat lebih dari seminggu. Beberapa hari lepas payudara saya mula bengkak dan sakit serta makin membesar. Perut saya rasa sakit seperti sengugut sebelum haid. Kadang kadang rasa sakit perut tu sampai ke pinggang. Kadang kadang belah kiri sahaja rasa macam dicubit. Perut saya selalu kembong dan saya selalu cirit birit. Kalau perut kembong kadang rasa loya. Ada masa saya rasa sakit kepala berdenyut sampai macam nak demam. Suami cakap basan saya selalu panas macam demam. Mood saya pon tak menentu sekarang asyik rasa nak marah ja dengan semua orang. 3 hari lepas saya buat UPT tapi negatif. Saya takut nak berharap saya mengandung. Tiap tiap hari saya rasa takut ada darah period keluar. Kemaluan saya selalu rasa basah melekit macam haid tapi bila cek rupanya keputihan. Kadang kadang banyak keputihan tu keluar. Saya perlukan pandangan doktor untuk semua benda yang saya alami ni. Perlu tak saya pergi cek ultrasound di klinik?
Terima kasih. Semoga sihat selalu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.