natashaimran11
5 tahun
Haid sering tidak teratur dan tiada tanda tanda sakit pada rahim
Saya remaja yg berumur 16 tahun . Saya sudah 4 Bulan tidak datang haid , punca Masih belum pasti. Sebelum ini pernah menerima rawatan Di klinik swasta tetapi tidak dapat dikesan bahawa Rahim saya yg bermasalah . Setahun sudah 3 kali haid saya skip . Saya buntu . Tidak tahu mahu dapatkan rawatan ataupun tidak
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, haid tidak datang boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan kepada doktor di klinik berdekatan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

























