
Sulit
5 tahun
Haid terlepas tarikh
Saya remaja dalam lingkungan 20an. Pada 11/10/2019, saya telah melakukan hubungan seks bersama pasangan. Ketika sedang melakukan seks, saya mengadu kesakitan lalu pasangan saya berhenti dari melakukan apa apa dan cuba memeriksa kemaluan saya. Dia mendapati ada cecair putih keluar dari faraj saya. Apabila saya menanyakan pada dia samada itu adalah air mani dia, dia kata tidak kerana kami menggunakan kondom. Dan saya sudah periksa bahawa kondom tersebut tidak bocor atau terkoyak. Seminggu selepas itu sepatutnya tarikh saya haid iaitu pada 19/10/2019, tetapi saya tidak haid. Tanda-tanda haid juga sudah saya alami. Dan kitaran haid saya juga tidak teratur. Saya juga tidak ada mengambil sebarang morning pill atau apa apa selepas melakukan hubungan itu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid lambat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.