Sulit
4 tahun
Haid tidak datang selama berbulan-bulan
Salam,saya berumur 18 tahun dan saya tidak haid sejak tahun lalu bulan 8 lagi dan tidak hamil. Tidak ada tanda-tanda saya mempunyai cyst. Sejak MCO tahun lalu,berat saya meningkat dan ini meyakinkan saya bahawa haid saya tidak teratur kerana berat badan saya yang meningkat secara mendadak namun baru-baru ini,bawah perut saya sering sakit tetapi bukan sakit haid. Sakitnya persis seperti sakit jika kita menahan kentut. Selain itu saya juga sering kentut. Saya mengalami ini 2kali,sakit ini tidak berlanjutan tetapi datang dan hilang. Saya bingung apakah ini ada kaitan dengan haid saya yang tidak lanjut datang hingga hari ini? Bagaimana dan apakah yang harus saya lakukam agar haid saya kembali seperti dahulu kala?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kelewatan haid yang diiringi dengan perut kembung atau perubahan tubuh pula boleh berpunca dari:
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan kencing atau darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

























