Anonymous
6 tahun
Haid tidak datang walaupun ambil perancang
Hi doktor, saya aimy 24 tahun… ibu mnyusu badan sepenuhnya, dan usia anak saya dah 7 bulan. masalah saya adalah saya tidak datang haid bulan ini sedangkan saya mkn pil prancang (noriday) bulan sebelum2 ini haid saya teratur… adakah ini normal atau saya TERmengandung lagi
saya tak pernah skip pengambilan ubat, setiap mlm jam 9 mlm mesti mkn… sbb dh kunci alarm dekat phone Trima kasih atas keterangan doktor 
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kedatangan haid yang lambat berlaku atau tidak teratur mempunya pelbagai sebab selain daripada kehamilan. seperti :
- Tekanan hidup. Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
























