
Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur & haid berpanjangan
Saya wanita berumur 20an,
Saya sudah berkahwin kiraan Setahun lebih,
Saya ingin bertanya, darah haid saya pada bulan 2 & 3 tidak turun, tetap pada bulan 4 darah period saya turun tetapi agak lama dari awal bulan 4 sehingga sekarang, darah haih masih banyak… Adakah itu normal…? Dan saya kerap terasa sakit dibahagian bawah perut kiri dan kanan hadapan… Saya Mohon bantuan doktor untuk terangkan sebab nya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk saya menerangkan punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.