Sulit
5 tahun
Hairline fracture (tangan kiri) masih sakit
Saya ingin bertanya berkenaan pergelangan tangan kiri saya yang masih sakit (kebas, rasa sakit mencucuk, tapak tangan rasa ngilu dan kadang2 kesan lebam ada muncul bila menggunakan tangan tersebut.untuk pengetahuan doktor, tangan saya sudah masuk 5 minggu selepas rawatan. Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, setiap orang akan mengambil masa yang berbeza-beza untuk sembuh bergantung kepada diet, tahap immuniti dan penjagaan. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk:
- Mengurangkan aktiviti mengangkat barangan berat mengunakan tangan yang patah tersebut
- Menjalani sesi rehabilitasi atau fisioterapi
Oleh hal yang demikian, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































