
Anonymous
5 tahun
Hamil atau tidak patut pergi scan?
saya sudah 5 hari lewat haid… saya sudah cek upt harini ini tapi masih -ve… patut tak saya pergi scan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid datang lebih lambat daripada 38 hari.
Andaikata belum melewati 38 hari dari hari pertama haid terakhir, boleh sekiranya pemeriksaan UPT ulangan dilakukan. Sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Diingatkan juga bahawa kadang-kadang ujian kehamilan yang negatif selepas tempoh haid yang terlepas masih boleh bermaksud anda telah hamil. Hormon hCG akan berganda setiap 48 jam pada awal kehamilan. Ujian kehamilan yang negatif pada hari Isnin kemungkinan akan menjadi positif pada hari Rabu. Dan jika ia positif dengan air kencing pertama pada waktu pagi, kemudian pada hari apabila air kencing lebih cair, ia boleh menjadi negatif. Rujuk artikel ini UPT negative tetapi hamil.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Photo by Kelly Sikkema