
Sulit
5 tahun
HEPATITIS B acute boleh sembuh @ tidak?
Saya telah di diagnose acute Hepatitis B dimana HbsAg REACTIVE…namun saya masih belum dapat keputusan untuk antiHBE, HbeAg dan viral load…dan diberi ubat antiviral…awalnya saya mengalami jaundis yg teruk…tapi sekarang bacaan nampak menurun dan kuning pada bahagian mata serta kulit pun makin surut…soalan saya…adakah saya pembawa virus @ terkena jangkitan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit Hepatitis B boleh sembuh, namun memakan masa yang lama sehingga lebih 6 bulan. Sepanjang tempoh pengubatan, anda harus disiplin dan patuh terhadap arahan pengubatan yang diberikan doktor. Untuk masa sekarang, sebaiknya tunggu hasil keputusan dan, silakan untuk terus merujuk ke klinik agar dapat diberikan ubat suntikan yang sesuai.
Menjawab pertanyaan anda tentang pembawa virus atau terkena jangkitan, jawapannya adalah anda adalah keduanya. Jelas disini bahawa anda telah terkena jangkitan virus ini dan berpotensi untuk membawa dan menyebarkan virus Hepatitis B melalui hubungan seksual ataupun darah dan sebagainya.
Untuk merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.