
Sulit
4 tahun
Hepatitis B sekiranya tidak dirawat daripada awal
Sekiranya ibu telah disahkan positive Hepatitis B semasa mengandung tetapi dikategorikan tidak berjangkit(Asympomatic). Adakah bayi yang mempunyai hepatitis B (jangkitan dari ibu) tergolong dalam golongan yang berisiko mendapat hepatitis B kronik sekiranya bayi tersebut tidak dirawatan setelah 12 jam dilahirkan? Adakah ianya memberi kesan kepada bayi tersebut meningkat dewasa?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai jangkitan Hepatitis B yang boleh merebak ke atas bayi kepada seorang ibu yang merupakan (carrier) untuk virus tersebut. Untuk makluman anda, jawapan dia adalah ya, virus Hepatitis B boleh merebak melalui pencampuran darah sama ada melalui transfusi darah, ataupun dalam kandungan dari ibu ke anak.
Ada kemungkinan besar sebanyak 90% akan dijangkakan bayi tersebut akan menghidap penyakit hepatitis yang kronik sepanjang umur hidup sekiranya rawatan tidak diberikan secepat mungkin.
Bayi itu akan kelihatan normal pada awalnya tetapi untuk jangka masa lama, penyakit tersebut akan semakin terserlah dari masa ke semasa dengan perlahan. Memandangkan bayi tersebut tidak menunjukkan apa-apa simptom, ia boleh menjadi lebih berbahaya kerana mereka boleh menjangkiti orang lain yang belum divaksinkan. (silent carrier).
Untuk mengenalpasti simptom-simptom Hepatitis B :
- Kekuningan badan (Jaundice)
- Keletihan berpanjangan
- Mual dan muntah
- Demam
- Sakit sendi
- Perubahan warna kencing menjadi gelap dan warna najis yang pudar.
- Kegatalan dan ruam pada bahagian badan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Kami sarankan untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan mengenai masalah ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.