
myraz92
5 tahun
Hepatitis B vaccine
Saya wanita berusia 27…atas tuntutan kerja, saya dikehendaki mengambil suntikn hep B vaccine…
Adakan vaccine ini selamat utk wanita yg sedang mengandung?..adakah ini akan menyebabkan kecacatan janin…Dan jika saya telah disuntik, adakah saya perlu merancang utk tidak mengandung utk beberapa tempoh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bagi wanita hamil, vaksinasi Hepatitis B adalah vaksinasi yang disyorkan untuk orang dewasa dengan faktor risiko tambahan atau indikasi lain seperti suntikan vaksin Hepatitis B. Kajian juga mendapatkan bahawa vaksin Hep B tidak mempunyai kontraindikasi untuk diberikan sewaktu hamil. Justeru, seandainya perlu, anda boleh mengambil vaksin ini sewaktu hamil.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.