
Sulit
4 tahun
Hepatitis window period
Doctor…apakah hepatitis ada window period ? Terutamanya hep b and c…dan apakah mungkin keputusan sekarang non reactive …dan ujian seterusnya reactive?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa panel di bawah ujian hepatitis. Maklumat yang anda berikan tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan.
Akan tetapi keputusan HBsAg (merujuk kepada kehadiran virus tersebut di dalam darah) akan boleh dikesan dalam darah orang yang dijangkiti rata-rata 4 minggu (atau dalam lingkungan 1-9 minggu) setelah terdedah kepada virus. Selain itu, anti-HBs atau HBsAb serta anti-HBc atau HBcAb akan digunapakai untuk menilai status hepatitis seseorang individu tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.