
Anonymous
5 tahun
Herpes genital treatment
Saya lelaki berumur 37 tahun mendapati ade bintik berisi air di atas kemaluan saya sejak seminggu yang lalu. Adakah ini benar-benar penyakit herpes atau petanda penyakit lain.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Bagi menjawab soalan yang diajukan, terdapat rawatan yang komprehensif untuk penyakit Herpes ini. Bagi Herpes di alat kelamin, rawatan boleh dibahagikan kepada jangkitan kali pertama dan jangkitan yang berulang.
Mengikut panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan, rawatan spesifik dan rawatan sokongan akan diberi. Bagi rawatan sokongan, saudara akan diberi gel penahan sakit dan larutan garam bagi membersihkan tempat jangkitan tersebut. Sebarang jangkitan kuman susulan juga akan dirawat secara berkadar.
Untuk rawatan anti-viral yang lebih spesifik, saudara akan diberi pil anti-viral untuk diambil dalam masa 5 hari bermulanya episod jangkitan tersebut atau ketika lepuh baru muncul. Antara contoh ubat yang boleh diberi adalah acyclovir, valaciclovir atau famciclovir di mana semua ubat ini mampu mengurangkan tahap jangkitan dan tempoh masa jangkitan. Manakala ubat sapuan pula jarang diberi kerana ianya kurang berkesan dari pil yang boleh dimakan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih