Sulit

3 tahun

Herpes simplex virus tyoe 1

Anak saya berumur 6tahun, ada tumbuh bintik merah seperti berbiji di bahagian mulut dan badan…tiada demam tiada ulser dlm mulut…tolong bantu saya adakah itu simtom jangkitan herpes

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan anak anda. Namun begitu, maklumat yang anda berikan belum mencukupi untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang anak anda hadapi. Pemeriksaan fizikal iaitu evaluasi keadaan bintik merah yang terjadi juga adalah diperlukan sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai penyakit yang menjadi penyebab .

Bagaimanapun, untuk makluman anda, jangkitan Herpes Simpleks kebanyakannya adalah subklinikal, iaitu tidak menampakkan tanda-tanda jangkitan dan berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Jangkitan HSV primer pula lebih kepada kanak-kanak 6 bulan ke 5 tahun. Virus ini boleh tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit dengan orang dewasa yang dijangkiti. Antara simptom jangkitan herpes simplex jenis 1 adalah seperti berikut :

  • demam
  • hilang selera makan
  • keletihan dan sakit otot selama 1 ke 3 hari.
  • pening
  • rasa mual
  • Kesakitan dalam mulut akan menyebabkan kesukaran untuk makan dan minum
  • kemerahan dan vesikel akan timbul di bahagian lelangit keras, gusi melekat dan permukaan lidah
  • Gusi akan kelihatan merah menyala dan kawasan mulut akan merasa sangat sakit dan mengganggu pemakanan

Di samping itu, bintik merah pada kanak-kanak juga dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:

  • Cacar ( chicken pox )
  • penyakit tangan, kaki dan mulut
  • Heat rash
  • Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
  • Penyakit sopak garam iaitu urticaria
  • Penyakit vasculitis
  • Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis.

Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Si cilik perlu mendapatkan perhatian kesihatan yang sebaiknya. Bincang isu kesihatan kanak-kanak bersama pakar bertauliah

AdobeStock_65174116

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)