
Sulit
5 tahun
Hidung mata mulut panas,tangan kaki sejuk
Saya umur 23 tahun, sejak semalam saya rasa tak sihat tapi harini lebih teruk. Dalam badan saya rasa panas…hidung bila bernafas panas, mata dan mulut terasa panas…saya selesema hidung tersumbat dan bersin2… saya juga batuk kdg2 teruk sampai rasa semput kdg2 batuk biasa…kepala juga rasa berat… jari kaki dan tgn kadang2 sejuk kadang2 panas…harap dpt membantu terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda mengalami demam, selsema, batuk dan sakit kepala. Untuk makluman pihak anda masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Demam denggi
Allergic Rhinitis
Keradangan
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan oleh disebabkan maklumat yang tidak mencukupi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat dan rawatang yang tepat dapat diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.