
Sulit
4 tahun
Hilang keinginan seks
Saya lelaki berumur 39 dan baru berkahwin. Selepas sebulan berkahwin secara tiba-tiba sy hilang keinginan seks. Saya susah untuk bersama isteri. Zakar tidak konsisten, kadang-kadang keras, kadang-kadang tidak. Harap doktor dapat membantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah hilangnya keinginan seks yang anda hadapi. Untuk makluman anda, lemah tenaga batin ataupun mati pucuk boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks. Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Rawatan bagi masalah ini adalah bergantung kepada puncanya. Kebanyakan pesakit mengalami masalah disfungsi seksual yang berpunca daripada gangguan psikologi. Oleh itu, dengan bantuan psikoterapi,sesi bimbingan dan kaunseling dapat mengatasi masalah ini. Pesakit biasanya disarankan untuk menghadiri sesi rawatan dengan pasangan untuk pemulihan yang lebih berkesan.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat untuk mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah