
Sulit
4 tahun
Hormon tak stabil, rambut gugur, jerawat naik di bahagian pipi dan sentiasa berulang dan period saya sering datang lambat. Saya ambil flavettes glow vitamin c tapj sama sahaja
Saya seorang wanita berumur 21 tahun dan masih bujang. Mengalami keguguran rambut yang teruk, bila saya genggam dalam 5 helai rambut saya gugur. Saya tukar syampoo dan beli minyak rambut tetapi sama sahaja dan rambut saya makin menipis.
Jerawat saya makin teruk sejak pkp ni makin naik ditempat yg sama dan berulang. Saya dah beli ubat sapu dan skincare masih sama dan kini makin naik.
Kitaran haid saya sentiasa tak menentu kerana datang lambat.
Kemungkinan saya stress sbb saya masih seorang pelajar dan menyebabkan hormon saya tak stabil dr?
Keluarga saya sentiasa mengatakan ini genetic keluarga tapi saya tak blh terima kerana tahun lepas kulit saya ada jerawat namun tak seteruk kini. Saya pernah pergi klinik mereka kata kurangkan pengambilan gula dan banyak minum air. Saya dah buat tindakan kurangkan pengambilan gula dan susu. Lebih minum air masak. Tapi makin teruk saya rasa keadaan saya. Bagaimana ye Dr? Boleh beri saya penjelasan. Terima kasih atas masa Dr.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf cik, oleh kerana informasi yang diberikan adalah terlalu singkat dan tidak jelas, saya tidak dapat mengenal pasti masalah yang dialami secara jelas.
Dapatkan supplement bagi mengurangi gejala rambut anda segera !
Namun, gejala yang anda alami umumnya boleh disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan hormon
- Faktor genetik
- Gangguan stress yang berlebihan
- Faktor ubat-ubatan
- Penyakit atau gangguan kesihatan yang memerlukan rawatan susulan seperti
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.