
ezmalhaikal1234
5 tahun
Hubungan intim dengan isteri
saya nak tanya, saya lelaki usia 20, saya kawin muda, nak tanya perihal hubungan intim dengan isteri saya, kalau saya buang sperma di luar, aftrthat saya pergi buang air kecil saya cuci, tpi kalau andai kata ada lgi sperma yg x dicuci dengan rata , kalau saya bersama smula ada sperma yang x dicuci macam saya kata diatas adakah boleh menyebabkan mengandung? walaupun dara masih lagi ada, “baru kawin semalam” tiada pendarahan. sebab ada fmly planning… apa pendapat doktor? adakah blh mengandung? dan apa cara untk mencegah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tidak semua wanita mempunyai selaput dara dan berdarah semasa persetubuhan untuk kali pertama. Hal ini kerana selaput dara boleh juga terkoyak semasa aktiviti bersukan dan menggunakan tampon.
Ketika melakukan hubungan intim tanpa sebarang kaedah pencegah kehamilan seperti kondom atau pil perancang, sperma yang tertinggal walaupun setelah kencing masih boleh mensenyawakan ovum. Kemungkinan untuk kehamilan dalam situasi ini ialah rendah tetapi masih wujud, terutamanya apabila isteri anda dalam fasa suburnya. Anda boleh menyarankan isteri anda untuk mengambil pil perancang atau suntikan perancang bagi mengelakkan kehamilan buat masa sekarang. Kaedah lain seperti kondom boleh juga diamalkan. Sekiranya anda masih ragu-ragu, anda boleh juga mempertimbangkan pil perancang kecemasan untuk mengelakkan kehamilan. Pil ini cuma efektik dalam jangka masa 72 jam selepas hubungan intim yang tidak terlindung.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.