Sulit
5 tahun
Hubungan seks dengan protection dan haid
pertama kali melakukan hubungan seks dengan memakai protection sehari sebelum jangkaan waktu period, tetapi keesokannya tidak datang haid dan telah lambat dua hari. Adakah hubungan seks ini mengnggu kitaran haid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menandakan kehamilan terutamanya apabila anda ada melakukan hubungan seksual, namun haid lewat juga boleh berpunca daripada masalah lain seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Setiap penyakit yang dinyatakan di atas memerlukan pemeriksaan fizikal dan ujian lanjut di hospital, oleh itu sekiranya anda masih ragu ragu tentang kondisi anda, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan tindakan susulan.
Untuk memastikan anda hamil atau tidak, anda boleh melakukan ujian air kencing kehamilan setelah seminggu atau dua minggu tidak datang haid. Anda juga boleh ke klinik atau hospital berdekatan bagi melakukan ujian kehamilan.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar Gynaecologist kami boleh membantu !
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

























