
Sulit
4 tahun
Ibu jari kaki kebas sudah 2 hari
Saya wanita berusia 18 tahun , mengalami ibu jari kaki yg kebas sudah 2 hari . Apakah ia tanda penyakit berbahaya?

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Secara umumnya, sakit-sakit tersebut pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal.
Untuk makluman anda, gejala kebas yang sering dialami, boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- pengumpulan cairan tubuh secara mendadak
- gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
- kesan dari kerja berat
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- tanda gangguan tidur atu kekurangan rehat (baca: extreme fatigue)
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
- gangguan saraf (tunnel syndromes)
- gangguan muskuloskeletal
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Namun untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat ( sekiranya perlu ) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.