
Sulit
4 tahun
Ibu jari kanan kebas sejak dari sebelum tidur.. dan ini kali pertama ia berlaku pada saya
Saya lelaki berumur 27 tahun , ini kali pertama saya rasa ibu jari kanan kebas. Apakah yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah kebas yang anda alami secara amnya boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Pengaliran darah yang tidak sempurna
- Masalah pada saraf
- Kekurangan vitamin
- Kencing manis
- Tarsal tunnel syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemerikaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika gejala ini berlarutan, anda disarankan untuk pergi ke klinik berdekatan dan dapatkan rawatan dan kesimpulan dengan segera. Masalah ini perlu diperiksa dengan lebih lanjut untuk mendapatkan kesimpulan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.