Sulit
4 tahun
Infect antibiotik
Sya lelaki 22 mengalami bintik2 di hujung zakar dlm beberapa hari sya ambil inject antibiotik masa dtg ke klinik dan ambil ubat-ubatan dia selepas inject dia rase sakit perut seperti lapar dan selang dua hari sakit pingang dan sya mula rase risau ttg pengambilan inject tuh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumsalam. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pihak kami percaya, doktor telahpun melakukan pemeriksaan keatas diri anda dan telah berikan rawatan yang sesuai. Disini kami sarankan untuk anda terus mematuhi nasihat dan panduan yang telah diberikan oleh doktor. Sekiranya terdapat kesan sampingan yang berlebihan dan serius, anda digalakkan untuk berjumpa doktor yang telah merawat anda. Dapatkan nasihat dan kepastian daripada beliau.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah bintik-bintik pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Fordyce spots
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor lebih-lebih lagi sekiranya bintik tersebut semakin parah atau tidak sembuh.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































