
Sulit
4 tahun
Injection Depo: saya ingin memberhentikan sementara pengambilan suntikan depo sehingga period
Saya berumur 36 tahun dan dah 3 tahun ambil suntikan depo. Sebelum nie even saya amik suntikan 3 bulan saya masih period at least sekali. Sekarang nie saya langsung tak period. Boleh ke kalau saya nak off suntikan dulu sehingga saya period. Selepas period, saya ambil semula suntikan.
- Boleh ke?
- Ada possiblility untuk pregnant ke kalau stop sekejap?
Jika ya, ada solution lain tak untuk period tapi dalam masa yang sama perancang still on. Saya tak rasa nak mengandung lagi. Cukuplah anak 4 orang nie.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Umumnya suntikan hormon adalah
- Berkesan untuk mencegah kehamilan selepas 7 hari menerima suntikan.
- Suntikan diberi setiap 12 minggu (3 bulan) mengikut jenis dan jadual yang telah ditetapkan.
- Lazimnya kesuburan akan kembali 3 hingga 6 bulan dari suntikan terakhir.
Tambahan lagi, antara kesan sampingan suntikan hormon lazimnya termasuk
- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
Setiap jenis suntikan perancang mempunyai indikasi, cara pengambilan & kesan sampingan yang berbeza (bergantung pada individu), justeru saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor anda kembali atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan pelan perancangan keluarga yang terbaik untuk anda amalkan.
Oleh kerana kesan sampingan suntikan hormon berbeza berdasarkaninidvidu, dikhuatiri penghentian suntikan perancang perlu disertai dengan lanjutan penggunaan kaedah perancangan keluarga yang lain.
Walau bagaimanapun, gangguan pada kitaran haid atau period yang berterusan boleh juga disebabkan oleh
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling lazim)
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Ganggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
Buat sementara waktu anda boleh:
- Kerapkan bersenam (yang ringan atau sesuai kondisi tubuh)
- Mengambil suplemen seperti:
- zat besi (menggantikan sel darah merah yang hilang)
- vitamin B & D (membantu gangguan kitaran haid)
- fish oil (boleh membantu dalam mengurangkan krem haid)
- nenas dan buah-buahan yang lain
- Rehat secukupnya
- Mencatatkan perkembangan gejala (sekiranya berlaku)
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.