
Sulit
4 tahun
Jahitan bersalin bengkak dan sekarang benang semakin mereput dan menamppakan benang bahagian dalam
assalam . sy berumur 26 tahun kini sedang berpantang. semasa seminggu selepas bersalin bahagian tempat jahitan saya bengkak . kini saya dapati benang sudah mereput dan menampakkan benang dibahagian isi dalam juga. adakah jahitan itu normal atau tidak? perlu untuk dijahit semula atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, luka jahitan bersalin sememangnya mengambil masa untuk pulih sepenuhnya dan dipengaruhi oleh faktor seperti kebersihan kawasan luka, faktor nutrisi makanan dan faktor sistem imun badan (samada kuat atau lemah). Sekiranya kawasan luka tersebut berdarah, sakit, bernanah atau terbuka jahitan, maka anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.