
limchiewping96
2 tahun
Jangkitan Kulat Kaki
Hi, saya wanita umur 20an. Kaki saya jangkitan kulat sudah 2 bulan lebih. Sudah jumpa doktor perubatan dan sapu ubat Clotrimazole 1%Cream dan makan Griseofulvin 125g Tablet.Tapi kaki tak lega lagi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Keadaan seperti kencing manis, terapi rawatan kanser, terapi kortokosteroid seperti yang diterima oleh pesakit yang menerima transplantasi organ kerana apabila sistem imuniti menjadi lemah, tubuh badan tidak dapat mempertahankan diri daripada mengalami jangkitan. Status kebersihan termasuk memastikan anda sentiasa kering dan lembap selepas mandi serta memastikan baju yang dipakai sepanjang dijangkiti dibasuh dengan air panas dan bahan pencuci.
Untuk rawatan seterusnya, doktor akan perlu mengambil sampel dari kulit yang terjejas untuk menentukan jenis ubat yang lebih spesifik untuk kulat tersebut. Mereka juga perlu menjalankan ujian lain untuk memastikan jika anda mempunyai masalah kesihatan lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.