
Sulit
4 tahun
Jangkitan pada alat kelamin
saya melakukan seks semasa period pada hari ketiga … air mazi telah dipancutkan di saluran saya … adakah risiko sy mendapat penyakit hiv tinggi walaupun ia hanya kali pertama dan apa yang saya perlu lakukan ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Jalinkan hubungan mesra bersama suami dengan pencegahan agar bebas dari jangkitan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. HIV dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.
Untuk pengetahuan anda, apabila berbincang tentang positif atau negatif HIV, terdapat window period HIV yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti (melalui aktiviti berisiko dan sebagainya) sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang adalah berbeza-beza, namun rata-rata adalah sekitar 3 minggu. Terdapat dua cara mendeteksi iaitu:
- “Rapid test kits” adalah cara ujian HIV yang cepat di mana keputusan dapat diketahui dalam masa 30 minit. Kit tersebut menggunakan sampel air liur atau darah. Jika keputusan ujian “rapid test kit” menunjukkan “reactive” atau positif, ia bermaksud anda mempunyai jangkitan HIV dan perlu menjalani ujian darah untuk mengesahkan keputusan ini. Jika ia menunjukkan “non-reactive” atau negatif, anda perlu menjalani ujian yang sama dalam masa enam bulan.
- Analisa darah: Sampel darah tersebut akan dianalisa untuk mengesan antibodi kepada HIV. Ujian ini efektif dalam mengesan HIV tiga minggu selepas seseorang dijangkiti HIV kerana sebelum tempoh waktu ini antibodi mungkin masih belum terbentuk sepenuhnya. HIV dapat dikesan antara tiga minggu ke enam bulan. Fasa ini dikenali sebagai ‘window period’.
Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV dengan bantuan pihak kesihatan.
Diharapkan juga anda tidak melakukan hubungan bersama suami semasa haid, kerana ia adalah amalan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan jangkitan kelamin mudah berlaku.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih