Sulit
5 tahun
Jantung rasa pedih semasa dan selepas makan
Saya lelaki berusia 35 tahun. Saya ada masalah kolestrol tinggi. Setiap 6 bulan sekali saya akan buat pemeriksaan darah. Masalh kolestrol saya klnik beri saya makan hampir 2 tahun. soaln saya sejak kebelakangan ini dada saya belah kiri (Jantung) sentiasa rasa pedih semasa atau selepas saya makan. Perkara ini sentiasa berulang. Adakah saya ada sakit jantung? Yang saya dapati saya selalu kene angin dalam badan secara kerap.adakah masalh lain…saya harap doktor boleh bantu…
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
































