
Sulit
3 tahun
Jari Bengkak/Benjol Sebab Terketuk di Tempat Keras
Saya alya, 24. Pada 21 April, saya terketuk jari kelingking kiri saya di bahagian keras sofa. 2 minggu yang lepas saya sudah check dengan klinik dan dapst ubat antibiotik serta ubat bengkak. Sakit berkurang selepas makan ubat ubat tersebut tapi masih bengkak dan ada sedikit benjol yang menyebabkan jari saya tak boleh diluruskan. Di benjol itu ada nampak warna putih sedikit. Adakah kemungkinan ia nanah di dalam kulit? Kerana sehingga sekarang, masih terasa sengal, dan kadang kala terasa macam gatal air bisa. Teruk ka ya Dr? Jari masih boleh digerakkan. Cuma tak boleh nak lurus sepenuhnya. Kemungkinan kenapa ya Dr? Thank you in advance Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu jari bengkak atau benjol. Berdasarkan keterangan anda, kemungkinan benjol yang diakibatkan oleh kecederaan tersebut perlu mendapatkan pemeriksaan fizikal sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Hal ini bagi memastikan punca sebenar masalah memerlukan evaluasi atau pengamatan lebih lanjut terhadap jari anda, menentukan sama ada ianya adalah nanah atau kondisi lain. Sukar untuk kami membuat sebarang kesimpulan hanya berdasarkan keterangan di ruangan soalan sahaja.
Sila berjumpa semula dengan doktor anda dengan segera jika anda mendapati jari anda mengalami simptom seperti:
- bengkak yang tidak surut
- kegatalan pada tempat bengkak
- sakit pada tempat bengkak
- kemerahan warna kulit
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih