
Sulit
4 tahun
Jari kaki bagian atas nyeri dan kebas
Saya wanita umur 29 tahun, dalam 2 hari ini jari kaki kiri saya bagian atas terasa kebas dan nyeri, jika boleh saya tau penyakit apa ini dokter…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya gejala anda boleh disebabkan oleh gangguan alahan kepada sesuatu benda atau perkara. Namun ia juga boleh menandakan suatu gangguan yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid
- gangguan saraf
- dan lain-lain
Buat masa ini anda boleh cuba untuk
- menjauhi perkara yang boleh memperparahkan gejala di kaki
- segera berjumpa doktor untuk mendpaatkan bantuan yang lebih komprehensif
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.