
Sulit
4 tahun
Jari keleking bergerak sendiri
Salam sejahtera doc,
Saya ada pertanyaan , sya wanita berumur 24thn . Saya sering mengalami jari kelengking saya bergerak sendiri dlm beberaa saat . Kalau dulu jarang2 jadi . Skrg semakin kerap berlaku . Apakah penyebab atau punca berlakunya kejdian seprti itu ? Adakah bahaya atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah jari kelingking.
Untuk makluman anda, perkara ini adalah biasa dan tidak perlu dirisaukan. Mungkin ia disebabkan oleh beberapa perkara berikut:
- Terseliuh
- Masalah saraf ke kaki
- Trauma
- Pengaliran darah yang terganggu
- Regangan otot jari kaki
- Masalah sendi
Setiap rawatan keadaan di atas adalah berbeza. Maka, pemeriksaan fizikal perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum rawatan dipilih.
Di sini saya kongsikan beberapa rawatan yang anda boleh cuba lakukan di rumah:
- Menggunakan pad panas / pad sejuk untuk mengurangkan kekejangan sendi. Lakukan selama 20 minit dan ulang beberapa kali dalam sehari
- Lakukan aktiviti regangan otot kaki
Sekiranya anda masih ragu ragu tentang kondisi anda, sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.