
syazakhadijah
4 tahun
Jari tak boleh gerak tanpa sebab
Saya remaja perempuan umur 15.saya dapati kadang jari kaki dan tangan saya tidak boleh bergerak .Situasi ini berlaku dalam masa seminit kemudian jari saya boleh dikawal dengan baik.Ada sesuatu yang tidak kena dengan jari saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Kecederaan
- Penyakit arthritis
- Tekanan pada saraf
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Masalah anda perlu diperiksa dengan lebih teliti sebelum dapat memberikan kesimpulan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.