
Sulit
3 tahun
Jerawat pada kawasan bulu kemaluan
saya umur 21 tahun. saya mengalami jerawat yang bernanah pada kawasan kemaluan dan ianya kerap. saya selalu picit sehingga keluar nanah dan berdarah. kemudian jerawatnya akan hilang atau tumbuh ditempat yang lain. boleh dikatakan seminggu sebelum period, jerawat akan tumbuh. apa punca dan ada rawatan tak?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah
- Penyakit Kelamin [ Sexually Transmitted Disease ] seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit - benjolan nanah atau jerawat
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.