Sulit
3 tahun
Kahak berwarna kuning
Saya wanita berusia 45 tahun mengalami kahak setiap pagi berwarna kuning tiada masalah batuk yg berlarutan cuma batuk bilamengeluarkan kahak dan telah berlarytan selama seminggu lebih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kahak berwarna kuning tanpa batuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.