
Sulit
4 tahun
Kahak, kesukaran bernafas, batuk berkahak
Saya 22 tahun dan tiada penyakit asma sebelum ini. Tapi 2 tahun lepas pernah mengalami hal yang sama dan terlalu sukar utk bernafas, tapi lepas sedut gas dekat hospital, dah terus sembuh and normal hari berikutnya. Tapi kali ni, dah dekat 3 bulan lebih, tak baik². Letak gas skali dekat klinik 1Malaysia dgan dos kurang, dan tak sembuh. Dah pergi klinik lain, doktor cakap bacterial infection and bagi antibiotics, ubat batuk and salbutamol, tapi tiada yang berkesan atau mengurangkan kahak. Waktu malam, selalu jadi teruk. Tak boleh bernafas dan tak boleh tenang. Berjalan lebih dari dua langkah pun dah sesak nafas dan penat. Saya selalu terdedah dengan asap rokok dan habuk sbb pak cik saya kalau datang rumah, slalu hisap rokok. Saya langsung tidak minum atau makan benda berais atau sejuk. Dan selalu mandi awal. Saya takut hal ni jadi serius dan membawa kepada bronchitis atau asthma. Tolong saya secepat mungkin, doktor. Saya dah taktau nak buat apa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berkahak dan sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan sistem pernafasan atas akibat (Viral URTI)
- Tuberculosis (TB)
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
- Kanser paru-paru
- Asma kronik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri anda akan mengalami komplikasi darah kurang (anemia). Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.