
Sulit
4 tahun
Kahak selepas makan dan hidung tersumbat
Saya seorang wanita berusia 26 tahun. Masalah saya adalah tekak saya akan berkahak selepas makan. Lebih teruk lagi kalau saya makan makanan pedas. Terasa kahak penuh dalam mulut sampai tak boleh nak teruskan makan. Lagi satu, saya juga kerap mengalami hudung tersumbat. Kadang kiri kadang kanan walaupun tak terdedah dengan kipas. Saya juga sering tidur berdengkur walaupun bukan tidur dalam keadaan penat. Saya kerap mengambil cetirizin sejak setahun lalu sebab masalah gatal2 pada badan. Saya akan ambil cetirizin setiap 2 hari. Mohon pencerahan berkenaan masalah yang saya hadapi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kahak.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh memberikan kesimpulan diagnosis yang tepat untuk kondisi anda kerana pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.
Namun begitu, kondisi kahak sebegini boleh disebabkan oleh:
- Radang tonsil
- Jangkitan bakteria/virus di tekak
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
- Masalah alergik yang serius
- Post nasal drip
Berkahak dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala anda. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Manakala masalah hidung tersumbat boleh disebabkan oleh:
- Alahan
- Penyakit asma
- Allergic rhinitis
- Sinusitis
- Polip hidung
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Masalah masalah diatas memerlukan pemeriksaan fizikal di klinik atau hospital. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala sebegini kerap berulang dan mengganggu rutin harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.