Sulit
5 tahun
Kaki belah kiri kebas pada hujung jari saya dan terasa urat tengan serta terasa menyucuk nyucuk dan saya baru buat baypass jantung 3 minggu lepas doktor ambil urat kaki belah kiri soalanya adakah normal sebab operation jantung dan punca kebas kaki kiri
Soalan adakah normal kaki kebas baru lepas buat operation jantung doktor,apakah yg perlu saya laku kan
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya, sakit tersebut pada individu pasca operasi adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang melalui operasi by pass. Namun ia juga boleh berpunca dari:
- gangguan muskuolskeletal
- gangguan vaskular (i.e. peripheral arterial disease)
- gangguan rematik (i.e. rheumatoid arthritis)
- gangguan saraf (i.e. sensory nerve injury)
- komplikasi pasca operasi
- dan lain-lain
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor anda kembali dengan kadar segera, dan terus awasi mahupun mencatat sekiranya menemukan gejala-gejala penyerta:
- bengkak di kaki
- sakit yang teramat atau tidak hilang dengan rehat
- sakit yang berterusan atau bertambah hari demi hari
- terdapat perubahan warna kulit atau kekentalan otot pada kawasan yang sakit
- demam atau tanda-tanda infeksi yang lain
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
































