zahari.alamrio
3 tahun
Kaki bengkak sebelah kanan
Bapa saya mengalami kaki bengkak sebelah kanan… tapi tidak sakit…apa sebabnya
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kaki bengkak pada sebelah bahagian boleh disebabkan:
- Alahan - pada makanan, ubat
- Kesan penyakit buah pinggang kronik
- Penyakit saluran darah tersumbat (deep vein thrombosis)
- Jangkitan kulit (cellulitis)
- Kista (cyst) Baker pecah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, ayah anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































