Sulit
3 tahun
Kaki bengkak selepas chemotherapy
Hi doctor. Ayah saya seorang pesakit lymphoma cancer. Sudah melalui rawatan chemotherapy kali ke 4. Dan doktor mengetahui tentang cancer yg dihadapi ayah saya melalui ketumbuhan di kepala dan juga satu ketumbuhan dikepala ayah saya sudah dikeluarkan. Hasil dari operation tersebut baru tahu ayah hidap lymphoma dan kesan operation tersebut ayah saya sukar utk bergerak.
Selepas pulang dari Hospital baru baru ni, kami hired physiologist utk membantu ayah bergerak dan selepas itu kaki ayah saya kelihatan membengkak tetapi tidak sakit sekiranya disentuh.
Kami taktahu sama ada kaki ayah bengkak kerana physio atau kesan dari rawatan chemo. Ayah saya juga baru sahaja jalani pembedahan bypass jantung bulan 4 dan juga hidap penyakit kencing manis. ayah tiada masalah buang air dan ayah banyak minum air panas. Boleh doctor bantu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan ayah anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, bengkak di satu sisi kaki boleh timbul akibat beberapa penyakit seperti:
- Lower limb ischaemia ataupun deep vein thrombosis (DVT) iaitu suatu keadaan apabila terdapat sumbatan di saluran darah sehingga menyebabkan rasa sakit di daerah yang tersumbat
- Varicose veins iaitu apabila saluran darah melebar dan membengkak sehingga menyebabkan peredaran darah setempat terganggu dan menimbulkan rasa sakit
- Superficial thrombophlebitis adalah keradangan yang timbul dibawah kulit apabila terdapat darah beku
- Cellulitis merupakan jangkitan kulit.
Nasihat kami adalah agar membawa bapa anda ke doktor agar bengkak tersebut dapat diperiksakan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































