
Sulit
3 tahun
Kaki bengkak selepas makan ubat darah tinggi
adakah normal kaki bengkak selepas mula makan ubat darah tinggi. apalah pe yebab kaki bengkak?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda ingin mengetahui punca kaki bengkak serta kemungkinan keadaan tersebut disebabkan oleh ubat darah tinggi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa yang akan menyebabkan kaki bengkak iaitu Calcium-channel blockers. Ubat ini sering diberikan kepada pesakit darah tinggi kerana ia mengubati darah tinggi serta melindungi jantung daripada kerosakan. Jika anda tidak selesa dengan kesan sampingan ubat ini, kami sarankan agar perkara ini dirujuk kepada doktor supaya ubat yang lebih sesuai dapat diberikan.
Selain itu, terdapat beberapa situasi yang boleh menyebabkan kaki bengkak. Antaranya:
- Kesan sampingan ubat
- Masalah sistem limpa (lymphoedema)
- Lebihan cecair dalam badan (fluid overload_)
- Masalah buah pinggang
- Masalah jantung
- Jangkitan parasit (elephantiasis)
- Reaksi alahan
Berikut merupakan senarai umum penyebab kaki bengkak. Bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat, kami memerlukan sejarah kesihatan pemeriksaan fizikal serta keputusan ujian klinikal anda. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.