Sulit
3 tahun
Kaki bernanah dan sukar berjalan
Hi salam sejahtera doktor.Saya ada alahan keturunan seperti penyakit eczema.Ia muncul di leher,siku dan pergelangan kaki.ia sangat gatal, bila digaru kadang2 menyebabkan luka kecil.Tapi yg selalu luka di bahagain pergelangan kaki tapi ia akan sembuh,selepas itu kulit bersisik dan gatal lagi.Perkara ini menyebabkan tangan tidak tahan menggaru kawasan tersebut. 3 hari yang lalu saya demam dan saya dapati ada nanah di kawasan luka sebelumnya (bahagian pergelangan kaki).Sy tidak pasti apa penyebabnya dan paha kiri saya ada benjolan.Saya sukar berjalan dan duduk disebabkan benjolan itu.Apakah ubat yang sesuai untuk penyakit ini? dan apakah makanan pantang untuk penyakit ini? Terima Kasih doktor atas bantuan🙏
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kuman, virus atau kulat
- Ulser diabetik (diabetic foot ulcer)
- Psoriasis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana ini mengganggu aktiviti harian anda.
Anda dinasihatkan untuk tidak menyapu sebarang bahan atau ubat di bahagian yang sakit tersebut tanpa pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
Berkenaan makanan, tiada makanan pantang mengenai masalah anda. Anda cuma dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.