
muhammadsufian876
3 tahun
Kaki betis bengkak Dan merah
Ayah saya telah ambil vaksin dose pertama selepas dalam 10 Hari dia Ada demam dah selepas demam kaki betis tiba2 bengkak Dan merah bila desentuh sakit masalah apa ya ubat apa yg patut saya bagi

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda bimbang tentang keadaan ayah anda yang mengalami gejala kaki bengkak dan merah. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kulit (celulitis)
- Kecederaan pada kaki
Namun, ia juga boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- Gout
- Rheumatoid arthritis
- Kegagalan organ seperti buah pinggang, jantung
- DVT (deep vein thrombosis)
Oleh itu, kami sarankan anda untuk merujuk doktor di klinik dengan segera.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan pendapat lebih lanjut dalam perkara ini.
Kami harap penerangan dapat membantu. Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.