
limchiewping96
2 tahun
Kaki jangkitan kulat
Saya wanita berumur 20 an dan kaki saya sudah 2 bulan lebih jangkitan kulat. Sudah berjumpa dengan doktor dan sapu ubat clotrimazole 1%cream tapi tak lega-lega lagi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Keadaan seperti kencing manis, terapi rawatan kanser, terapi kortokosteroid seperti yang diterima oleh pesakit yang menerima transplantasi organ dan pesakit-pesakit yang dijangkiti AIDS/HIV. Apabila sistem imuniti menjadi lemah, tubuh badan akan mengalami kesukaran di dalam mempertahankan diri daripada mengalami jangkitan.
Untuk rawatan seterusnya, doktor akan perlu mengambil sampel dari kulit yang terjejas untuk menentukan jenis ubat yang lebih spesifik untuk kulat tersebut. Mereka juga perlu menjalankan ujian lain untuk memastikan jika anda mempunyai masalah kesihatan lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.